Tuesday, May 26, 2009

cuti-cuti selsema babi

Brmula esok, 27 mei 2009, tamatlah cuti 1 minggu kerana selsema babi kat ritsumeikan university ni. Cuti yang tiba-tiba dapat, bosan jugak lah jadinya. 1 minggu cuti tanpa perancangan. Kebanyakan masa cuma diisi dengan duduk dalam rumah.

Tapi 22 mei hari itu, secara tiba-tiba hati aku tergerak nak pergi ke Nagoya. Puas aku cuba ajak budak-budak ni teman aku pergi sane, tapi semua tak nak. Nasib aku lah dok 1 dai dengan kawan-kawan yang tak suka jalan-jalan. So, aku pergi lah ke Nagoya seorang diri. Matlamat aku cuma 1, nak ke Hard Rock Cafe Nagoya. Nak tambahkan 1 lagi koleksi tshirt HRC kat Jepun ni. Alhamdulillah, kira-kira pukul 12 tengahari, aku tiba ke Nagoya dengan selamatnye tanpa sesat.

Sebelum balik ke Shiga, tetiba terasa lapar lah pulak. So aku cuba lah usya2 kat area HRC tu kalau-kalau ada kedai halal. Tapi macam biasa lah, mana lah senang-senang nak jumpa kedai halal kat Jepun ni. Tetiba aku ternampak pulak 1 kedai kebab. Rupa-rupanye kedai tu milik orang Turki. Tapi tak ada lah pulak tanda halal kat kedai tu. Dengan beraninya aku tanya kat jurujual tu sama ada makanan kat situ halal atau tidak(kat Tokyo ari tu dah pernah kene marah sebab tanya). Mamat kedai tu cakap halal. Aku pun masuk lah ke dalam kedai tu. Tetiba rase was-was lagi. Sekali lagi aku tanya(memang cari nahas). Dengan muka tak puas hati, mamat turki tu ambil 1 helai daging dan makan. "See", kata beliau. Tapi mana lah aku tau dia tu Islam atau tak. Sebab dah 2 kali aku tanya, so aku pun order lah kebab tu. Kalau tetiba keluar dari kedai tu, macam tak sedap plak rasa.Tapi paling tidak, aku sudah usaha untuk jaga agama aku di bumi Jepun ni. Semoga apa yang jadi darah dan daging aku selama ini tidak termasuk benda-benda haram.

2 comments: