Wednesday, May 27, 2009

PuRiKuRa


Purikura?? Ape kejadah nyer benda ni? Pertama kali aku dengar word ni semasa aku di Shiga ini. Purikura dalam bahasa inggeris bermaksud photo booth. Mengikut takrifan wikipedia, "A photo booth is a vending machine or modern kiosk that contains an automated, usually coin-operated, camera and film processor."


Semasa di Malaysia dulu pun, aku memang pernah ternampak mesin purikura ni. Tapi rase macam segan lah pulak nak join ambil gambar baget comel-comel ni. Pernah jugak kawan aku ajak ambil gambar purikura ramai-ramai. Tapi mestilah aku tolak. Tak macho lah main purikura ni.

Tapi bila aku mula sampai ke Jepun ni, pada hari pertama aku dan kawan-kawan keluar dengan senpai-senpai tachi, diorang pakat ajak ambil gambar purikura. Muat lah pulak 9 orang batch aku dengan 5 orang senpai masuk dalam mesin tu. Itu lah gambar purikura pertama aku. Ini kira macam gambar batch lah kot.


Minggu lepas, 25 mei 2009, aku bersama-sama dengan kawan-kawan dari gakka hikari keluar bersuka-ria bersama-sama dengan kawan-kawan nihonjin kat Big Boy. Bila dah penat berkaraoke, tiba-tiba budak-budak jepun ni ajak pulak pergi purikura. Dah lah mesin purikura tu dekat dalam tempat boling. Boleh kira jauh jugak lh. Sanggup pulak mereka tolong bayar lebih untuk purikura tu. Ni lah antara perkara yang aku rase agak berbeza antara budaya Jepun dengan Malaysia. Walaupun kawan-kawan Jepun aku ni semua lelaki, tapi diorang tak pulak rase segan nak ber"purikura" ni. Sama ada budaya yang aku belajar ini baik atau tidak, aku sendiri pun tak boleh nak nilaikan. Tapi ini mungkin 1 perkara yang akan menjadi kenangan aku semasa di bumi Jepun ini.

2 comments: