Wednesday, May 27, 2009

PuRiKuRa


Purikura?? Ape kejadah nyer benda ni? Pertama kali aku dengar word ni semasa aku di Shiga ini. Purikura dalam bahasa inggeris bermaksud photo booth. Mengikut takrifan wikipedia, "A photo booth is a vending machine or modern kiosk that contains an automated, usually coin-operated, camera and film processor."


Semasa di Malaysia dulu pun, aku memang pernah ternampak mesin purikura ni. Tapi rase macam segan lah pulak nak join ambil gambar baget comel-comel ni. Pernah jugak kawan aku ajak ambil gambar purikura ramai-ramai. Tapi mestilah aku tolak. Tak macho lah main purikura ni.

Tapi bila aku mula sampai ke Jepun ni, pada hari pertama aku dan kawan-kawan keluar dengan senpai-senpai tachi, diorang pakat ajak ambil gambar purikura. Muat lah pulak 9 orang batch aku dengan 5 orang senpai masuk dalam mesin tu. Itu lah gambar purikura pertama aku. Ini kira macam gambar batch lah kot.


Minggu lepas, 25 mei 2009, aku bersama-sama dengan kawan-kawan dari gakka hikari keluar bersuka-ria bersama-sama dengan kawan-kawan nihonjin kat Big Boy. Bila dah penat berkaraoke, tiba-tiba budak-budak jepun ni ajak pulak pergi purikura. Dah lah mesin purikura tu dekat dalam tempat boling. Boleh kira jauh jugak lh. Sanggup pulak mereka tolong bayar lebih untuk purikura tu. Ni lah antara perkara yang aku rase agak berbeza antara budaya Jepun dengan Malaysia. Walaupun kawan-kawan Jepun aku ni semua lelaki, tapi diorang tak pulak rase segan nak ber"purikura" ni. Sama ada budaya yang aku belajar ini baik atau tidak, aku sendiri pun tak boleh nak nilaikan. Tapi ini mungkin 1 perkara yang akan menjadi kenangan aku semasa di bumi Jepun ini.

Tuesday, May 26, 2009

cuti-cuti selsema babi

Brmula esok, 27 mei 2009, tamatlah cuti 1 minggu kerana selsema babi kat ritsumeikan university ni. Cuti yang tiba-tiba dapat, bosan jugak lah jadinya. 1 minggu cuti tanpa perancangan. Kebanyakan masa cuma diisi dengan duduk dalam rumah.

Tapi 22 mei hari itu, secara tiba-tiba hati aku tergerak nak pergi ke Nagoya. Puas aku cuba ajak budak-budak ni teman aku pergi sane, tapi semua tak nak. Nasib aku lah dok 1 dai dengan kawan-kawan yang tak suka jalan-jalan. So, aku pergi lah ke Nagoya seorang diri. Matlamat aku cuma 1, nak ke Hard Rock Cafe Nagoya. Nak tambahkan 1 lagi koleksi tshirt HRC kat Jepun ni. Alhamdulillah, kira-kira pukul 12 tengahari, aku tiba ke Nagoya dengan selamatnye tanpa sesat.

Sebelum balik ke Shiga, tetiba terasa lapar lah pulak. So aku cuba lah usya2 kat area HRC tu kalau-kalau ada kedai halal. Tapi macam biasa lah, mana lah senang-senang nak jumpa kedai halal kat Jepun ni. Tetiba aku ternampak pulak 1 kedai kebab. Rupa-rupanye kedai tu milik orang Turki. Tapi tak ada lah pulak tanda halal kat kedai tu. Dengan beraninya aku tanya kat jurujual tu sama ada makanan kat situ halal atau tidak(kat Tokyo ari tu dah pernah kene marah sebab tanya). Mamat kedai tu cakap halal. Aku pun masuk lah ke dalam kedai tu. Tetiba rase was-was lagi. Sekali lagi aku tanya(memang cari nahas). Dengan muka tak puas hati, mamat turki tu ambil 1 helai daging dan makan. "See", kata beliau. Tapi mana lah aku tau dia tu Islam atau tak. Sebab dah 2 kali aku tanya, so aku pun order lah kebab tu. Kalau tetiba keluar dari kedai tu, macam tak sedap plak rasa.Tapi paling tidak, aku sudah usaha untuk jaga agama aku di bumi Jepun ni. Semoga apa yang jadi darah dan daging aku selama ini tidak termasuk benda-benda haram.

Thursday, May 14, 2009

Mari Merapu

Masuk ari ni, dah dekat 1 minggu aku tido lepas subuh(4am). Bulan May, da mula start rase bz. Esok(ari ni ler) ade 3 kuiz berturut-turut. Da pening study ni, terasa nak tulis blog plak. Tapi macam tak ade idea plak nak tulis ape. Okey, baek aku start dengan university aku sekarang, Ritsumeikan University.












Ini lah university yang aku nak masuk sangat selama ini. Aku pun tak tau sebab ape aku nak masuk sangat. Mungkin sebab ade gakka photonic kot. Nama macam macho je. Tapi bile dah masuk sini, baru aku tau ape itu photonic. Jauh sangat besa dengan ape yang aku belajar kat Malaysia dulu. Masuk jer U, terus masuk 3rd year dengan tak ade asas photonic. Tahniah.
Esok plak ade kuiz. Tak tau lah macam mane nak jawab test esok ni.